Friday 5 June 2009

Maklumat Umum Internet

Difinasi Maklumat

Merupakan satu komoditi yang digunakan untuk mempertingkatkakn ilmu, memaklumkan,mempengaruhi dan sebagai pengetahuan kepada pengguna yang mengunakannya. Maklumat yang terdapat pada sesaorang dianggap sebagai satu asset yang amat berharga.


Apakah itu internet?
Merupakan rangkaian computer yang terbesar di dunia. Ianya menjalinkan rangkaian computer yang berselerak di dunia untuk membolehkan komunikasi dua hala hala dan pertukaran maklumat secara bebas berlaku

Perkataan internet berasal dari istilah internetworking bermakna komunikasi antara rangkaian. Internet bukan berbicara tentang computer tetapi tertumpu pada komunikasi antaraa pengguna dan dunia sejagat. Computer sekadar saluran yang memungkinkan komunikasi terjadi.


Faedah menggunakan internet

Berkomunikasi menerusi mel elektronik
Maklumat terkini menerusi world wide web
Memindahkan fail dari system hos menerusi FTP
Mengadakan forum elektronik menerusi usenet
Capaian computer jarak jauh menerusi telnet
Bersembang menerusi interner relay chat

Seorang pengguna internet boleh mengakses beribu-ribu bahkan berjuta-juta macam sumber maklumat dari internet sites yang menyediakan pelbagai jenis maklumat dan perkhidmatan . maklumat yang ada hampir meliputi semua bidang.



Ciri-ciri utama internet

*Rangkaian global
* Rangkaian digital
* Rangkaian yang beroperasi serta merta
* Rangkaian yang beroperasi setiap masa
* Sebuah ruang siber yang dinamik
* Dimiliki secara universal
* Pengawalan internet tanggung jawab bersama
* Perkongsian perbelanjaan secara universal.


Panduan Penggunaan Internet

* Satu pendekatan yang adil untuk membina polisi dan undang-undang ke atas penggunaan internet oleh murid-murid dan guru-guru.

* Memberi tumpuan untuk usaha-usaha bagi mengalakkan pencapaian laman-laman yang berfaedah daripada menyekat laman-laman yang tidak sesuai.

* Membuat perancangan untuk membantu sekolah, ibubapa dan keluarga untuk mendidik anak mereka menggunakan internet dengan selamat. Contohnya meletakan computer di dalam bilik yang senang diawasi oleh guru-guru dan memastikan pelajar tidak memberikan sebarang maklumat peribadi kepada orang yang mereka kenali/tidak dalam talian.

* Memberikan panduan danmendidik pelajar-pelajar seawall usia mereka supaya dapat menggunakan internet dengan lebih beretika.

Membantu pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran akses kendiri.

* Menggunakan internet untuk membantu komunikasi antara guru – pelajar, pelajar-pelajar dan ibu bapa melalui e-mail.

Istilah-istilah internet


• HTML – Hypertext Makeup Language
• HTTP – Hypertext Transfer Protocal –protokol yang menguruskan maklumat antara pelayar web dengan pelayar

• URL – Uniform Resource Locator – untuk mengenal pasti secara unik di mana dokuman atau sesuatu sumber boleh dijumpai

• WWW – World Wide Web – mengandungi serangkaian komputer yang berfungsi sebagai pelanggan/pelayar atau pelayar. Kumpulan pelayar menyediakan maklumat. Maklumat dipersembahkan dalam laman web yang terdiri daripada komponan teks, grafik, audio dan video